Monday, March 29, 2010

Minyak Masak Alternatif Minyak Enjin Pt 1

Aku pernah terbaca satu artikel mengenai minyak masak boleh dijadikan alternatif sebagai minyak enjin. Mungkin ni satu berita baik untuk pengguna2 kenderaan kat Malaysia ni. Maklumla, harga minyak enjin sekarang ni makin mahal. Tiap 2 bulan dah kena tukar.... Minyak enjin keta biasa paling murah pun RM 58.00. Kalau pakai semi-synthetic paling murah pun RM 75.00 (Tgk brand). Minyak enjin yg paling mahal pernah aku pakai MOBIL1 grade 5W-40H harga RM210.00 (dulu harga x sampai mcm ni pun).

Bila aku terbaca artikel mengenai minyak sawit ni kat 1 laman web, aku memberanikan diri untuk mencuba minyak masak ni untuk enjin motor aku (nak try kat keta aku x berani lg,tp aku akan try nanti)..

So, pagi tadi sebelum pegi keje, aku menyempatkan diri untuk menukar minyak enjin yg asal motor aku (Minyak enjin keta Toyota semi-synthetic 10W-30H) kpd minyak masak Avena (grade brp aku pun x tau). Ni kalau bini aku tau ni mau membebel dia sbb aku pakai minyak masak dia senyap2.




Aku keluarkan habis minyak enjin yang asal tu sampai kering. Aku nak tau berapa lama minyak masak ni boleh tahan tanpa dicampur dengan minyak lain.





Lepas habis minyak asal aku keluarkan, aku tuangkan lebih kurang 0.8 liter minyak masak cap Avena dalam enjin motor aku tu. Luak juga minyak masak bini aku kerjakan. Nak buat mcm mana, nak tau punya pasal...

Dah habis dekat suku botol minyak masak aku tuang dlm enjin motor, aku start enjin motor aku tu & aku biarkan ia hidup lebih kurang 15 minit.....


Lepas 15 minit aku biarkan enjin motor aku hidupkan, aku tgk tempreture enjin motor tetap lagi dlm keadaan "COOL" . Bunyi enjin pun lebih smooth berbanding sebelum ni.... Aku try bawak motor aku ni ke tempat keje aku. Jarak antara rumah aku ke tempat keje lebih kurang 20km...

On the way ke tempat keje, Aku try bawak motor aku ni sampai 110km/h... tahap tempreture motor aku meningkat hanya 1 takuk je.... enjin jg aku rasa lebih ringan berbanding aku guna minyak enjin sebelum ni.... tapi bila aku sampai ofis, aku ada terbau mcm minyak masak terbakar.... tp takpe, aku akan try guna minyak masak ni selama sebulan. aku nk tengok apa resultnya....

Info terkini mengenai eksperimen ni, aku akan bagi tau nanti.... tunggu.....