Monday, March 23, 2009

TOYOTA CRESSIDA TWIN TURBO (1989)


Mungkin sebahagian daripada anda kurang mengenali kereta yang dipaparkan kerana ia jarang berada di jalanan Malaysia. Model ini adalah keluaran Toyota pada tahun 1989 yang dikenali sebagai Cressida daripada generasi ke-4.



Model ini sebenarnya bukanlah dijual untuk pasaran di Malaysia tetapi ia adalah untuk pasaran di Australia. Bapa saya telah mendapatkan kereta ini daripada sebuah kedai menjual kereta terpakai di Melaka pada tahun 1994 untuk kegunaan hariannya. Kereta ini ketika itu dijual dengan harga hanya RM 24,000 sahaja.




Ia telah dikeluarkan oleh Toyota buat kali pertamanya pada tahun 1973 untuk pasaran Jepun. Kemudian ia dipasarkan dipasaran global buat kali pertamanya pada tahun 1977 dan ia adalah daripada model Cressida generasi ke-2. Tahukah anda bahawa di Amerika Syarikat model ini dikenali sebagai "Supra 4 pintu" kerana ia berkongsi model enjin yang sama dengan Toyota Supra daripada siri "M" 6 piston sebaris.



Enjin asal kereta ini adalah berkapasiti 2.4 liter daripada siri 22R SOHC 4 piston dimana ia masih menggunakan sistem kaberator ketika itu. Ia hanya mampu membekalkan kuasa kuda sebanyak 97Hp pada 4,800 rpm dengan tork 174 pada 2,800 rpm. Namun enjin ini telah menghadapi masalah buat pertama kalinya pada tahun 2001 dimana tangki radiatornya telah retak dan menyebabkan air enjin kering dan suhu enjin naik secara mendadak. Masalah ini menyebabkan beberapa komponen enjin lain telah rosak dan perlu diganti.

SSQV HKS Blow Off

Proses overhaul telah dilakukan namun banyak masalah masih tidak dapat diselesaikan kerana alat ganti enjin ini sukar didapati di Malaysia. Karberator enjin ini telah mengalami masalah yang kritikal dimana ia sukar ditala semula dan penggunaan minyaknya juga terlalu tinggi sehinggakan ia menghasilkan asap "hitam" yang tebal. Ia berpunca daripada pembakaran petrol didalam enjin melebihi daripada yang sepatutnya. Bukan itu sahaja, malah banyak bebocoran berlaku pada gasket enjin dan menyebabkan minyak enjin meleleh keluar dikeliling enjin.

KENWOOD Audio System

Setelah berbincang, bapa saya telah bersetuju untuk menukarkan nadi kereta ini kepada yang lebih berkuasa dan mempunyai C.C yang lebih rendah. Oleh itu, enjin 1G-GTE berkapasiti 1,997 C.C 24 valve Twin Cam telah menjadikan pilihan untuk menggantikan enjin yang lama. Ia telah diambil dari chasis Toyota Supra MK3 keluaran tahun 1991.

ENJIN 1G-GTE Twin Turbo

Enjin ini mempunyai pengecas turbo berkembar (Twin Turbo) dimana ia mampu menghasilkan kuasa kuda sebanyak 210hp pada 6,300 rpm dan tork 203 pada 3,800 rpm. Kedudukan cagak enjin ini sama dengan enjin asal kereta ini dan tiada sebarang perubahan dibuat untuk pemasangan. Sistem ECU daripada Toyota Supra MK3 telah digunapakai untuk memastikan sistem pengurusan enjinnya berjalan dengan lancar. Sistem ekzosnya telah ditempa semula dengan paip berdiameter 2.5 inci hingga ke peredam bunyi custom.


Ia juga mampu manghasilkan Boost pada tahap 0.8 bar dan boost yang tidak digunakan akan dikeluarkan oleh injap pelepas tekanan HKS SSQV. Tidak banyak perubahan lain dilakukan ke atas kereta ini dan ia masih mengekalkan keadaan asalnya.

1 comment:

Unknown said...

What's the big difference between a gm kit and 3800 supercharger kit?