Monday, March 29, 2010

Minyak Masak Alternatif Minyak Enjin Pt 1

Aku pernah terbaca satu artikel mengenai minyak masak boleh dijadikan alternatif sebagai minyak enjin. Mungkin ni satu berita baik untuk pengguna2 kenderaan kat Malaysia ni. Maklumla, harga minyak enjin sekarang ni makin mahal. Tiap 2 bulan dah kena tukar.... Minyak enjin keta biasa paling murah pun RM 58.00. Kalau pakai semi-synthetic paling murah pun RM 75.00 (Tgk brand). Minyak enjin yg paling mahal pernah aku pakai MOBIL1 grade 5W-40H harga RM210.00 (dulu harga x sampai mcm ni pun).

Bila aku terbaca artikel mengenai minyak sawit ni kat 1 laman web, aku memberanikan diri untuk mencuba minyak masak ni untuk enjin motor aku (nak try kat keta aku x berani lg,tp aku akan try nanti)..

So, pagi tadi sebelum pegi keje, aku menyempatkan diri untuk menukar minyak enjin yg asal motor aku (Minyak enjin keta Toyota semi-synthetic 10W-30H) kpd minyak masak Avena (grade brp aku pun x tau). Ni kalau bini aku tau ni mau membebel dia sbb aku pakai minyak masak dia senyap2.




Aku keluarkan habis minyak enjin yang asal tu sampai kering. Aku nak tau berapa lama minyak masak ni boleh tahan tanpa dicampur dengan minyak lain.





Lepas habis minyak asal aku keluarkan, aku tuangkan lebih kurang 0.8 liter minyak masak cap Avena dalam enjin motor aku tu. Luak juga minyak masak bini aku kerjakan. Nak buat mcm mana, nak tau punya pasal...

Dah habis dekat suku botol minyak masak aku tuang dlm enjin motor, aku start enjin motor aku tu & aku biarkan ia hidup lebih kurang 15 minit.....


Lepas 15 minit aku biarkan enjin motor aku hidupkan, aku tgk tempreture enjin motor tetap lagi dlm keadaan "COOL" . Bunyi enjin pun lebih smooth berbanding sebelum ni.... Aku try bawak motor aku ni ke tempat keje aku. Jarak antara rumah aku ke tempat keje lebih kurang 20km...

On the way ke tempat keje, Aku try bawak motor aku ni sampai 110km/h... tahap tempreture motor aku meningkat hanya 1 takuk je.... enjin jg aku rasa lebih ringan berbanding aku guna minyak enjin sebelum ni.... tapi bila aku sampai ofis, aku ada terbau mcm minyak masak terbakar.... tp takpe, aku akan try guna minyak masak ni selama sebulan. aku nk tengok apa resultnya....

Info terkini mengenai eksperimen ni, aku akan bagi tau nanti.... tunggu.....

3 comments:

Material Lab said...

salam

bro, saya pon dah tuang minyak BURUH dalam enjin motor saya..mmg rase ringan sikit lah. pape pon masih experiment

tawondas said...

kna campur minyak additif lain untuk mengelak enjin karat dan kurang kelikatan

Unknown said...

Minyak masak bile letak dlm enjin memang boleh, minyak ape2 pn blh, asalkan myk.. lg pn myk msk adalh nipis, betul jd ringan.. cume kalu x letak myk addtive.. krg selamat, jgn ambil risiko..lame2 enjin akan menghakis, mesti ada habuk besi halus..ygkedua bila kelikatan myk dh kurang, sifat myk masak akan jd mendapan terutama waktu enjin sejuk.. myk masak kalu letak dlm peti ais ia akan membeku.. kalu nasib x baik..pg2 enjin sush start.. enjin jd berat.. atau enjin keluar asap putih...so cadangan sy.. myk msk dicampur dgn myk engine treatment booster jenama red quattro.. enjin jd licin.. kalu myk pelincir tiada, hanya letak additif tu.. masih blh jalan 300km.. atau cadangan sy, myk masak campur dgn myk flushing utk cuci kotoran myk hitam lame.. letak myk pelincir paling murah dan campur minyak racing red quattro..myk yg dicampur td tue blh pakai 20,000km-30,000 km, 6 bln skali, tkr myk. Jimat la tue. Www.redquattro.com. from mekanik ady